Wednesday, November 16, 2011


Kewartawanan Dalam Talian Amat Perlu Dikawal

Di zaman era ledakan teknologi maklumat ini, timbul satu trend semasa dimana apa yang kita lihat hari ini wujud begitu banyak berita yang dismapikan melalui secara dalam talian atau boleh disebut sebagai kewartwanan dalam talian. Meraka yang terbabit serara langsung dalam kewartawanan secara dalam talian ini biasanya bebas melaporkan pelbagai berita yang kadangkala melebihi apa yang sepatutynya. Kadangkala pembaca disogok dengan hanya berita sensasi untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca apa yang ditulis dan secara tidak langsung, telah mewujudkan satu perspektif dimana pembaca hanya dapat membaca berita yang sensasi sahaja dan terlepas pandang pada sesuatu berita yang lain .

Di Malaysia pada hari ini akhbar arus perdana juga mengambil kesempatan dengan adanya teknologi dengan menyediakan akhbar mereka secara dalam talian yang boleh diakses dimana-mana sahaja serata dunia. Namun kewartawanan dalam talian yang perlu dikawal bukan lah bersifat sedemikian yang pada hemat saya telah mengikut segala bentuk undang-undang mahupun arahan yang telah diteteapkan dengan erti kata lain masih beretika.

Kewartawanan dalam talian ynag dimaksudkan ini dalah merujuk kepada individu mahupun kumpulan tertentu yang terdiri dari pelbagai latar belakang tidak kira dari golongan professional mahupun tidak. Mereka-mereka ini secara senang lenang menulis apa sahaja dari perspektif mereka tanpa mahu cuba mendapatkan pandangan pihak lain. Pada hemat mereka, meraka hanya mahu menyampaikan apa yang pada mereka perlu diketangahkan agar orang lain tahu tentang masalah tersebut. Tapi sebenarnya apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian meraka sahaja dan kadangkala tidak ada sumber yang boleh mengesahkan apa yang mereka tulis. Ini secara tidak langsung mewujudkan satu kedaan diamana berita yang ditulis adalah bedasarkan pemerhatian sahaja tanpa membuat kajian mahupun rujukan.

Jika ini berlaku dengan berleluasanya akan membolehkan orang ramai yakni pembaca merasa keliru dengan apa yang diperolehi dari berita arus perdana dengan yang mereka dapat melalui dalam talian. Wartwan-wartawan dalam talian ini juga biasanya memihak kepada satu-satu pihak tertentu sahaja dan selalunya yang ada kepentingan kepada mereka. Sebagai contoh dalam arena politik, mereka-mereka ini akan memihak kepada parti politik tertentu lantas menulis pelbagai berita parti yang bertentangan malah pada satu tahap sehingga seakan menimbulkan fitnah hanya kerana mahu memburuk-burukan reputasi parti yang lain.

Tidak tertumpu hanya pada arena politik, malah hal yang sedemikian juga turut membabitkan dalam industri hiburan tempatan yang kadangkala dilihat seakan ramuan untuk meningkatkan jumlah orang yang melawat blog mereka sebagai contohnya. pelbagai cerita dan berita mengenai artis ditulis sewenang-wenangnya tanpa perlu memikirkan apa kesan yang bakal diterima oleh artis berkenaan. Kadangkala ia melampaui batas sehingga memainkan isu yang boleh manjatuhkan maruah artis berkenaan dan juga keluarga mereka. Memang kadangkala ada artis yang bersikap tidak elok namun tidak perlulah “dibogelkan” kisah meraka semata-mata mahu mencari publisiti untuk meraih bilangan pelawat blog yang tinggi. Perlu diingatkn yang artis-artis juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan yang paling penting maruah keluarga mereka haruslah dijaga .

Kewartawanan dalam talian ini seharusnya dikawal dengan sebaik mungkin kerana mereka yang terbabit dalam menulis tidak tahu akan etika bagaimana ingin menulis sesuatu berita. Jika ada yang tahu, mungkin ada latar belakang pendidikan mengenai dunia kewartwanan pun masih melanggar etika tersebut atas dasar mahu mendapat keuntungan atau untuk kepentingan tertentu.

Pembaca juga seharusnya bijak dalam menentukan apa yang ingin dibaca kerana jika terus medapat sambutan dikalangan pembaca maka wartawan-wartawan dalam talian ini akan semakin menjadi-jadi kerana adanya permintaan dari pembaca.Jika mahu melihat sesuatu isu dari perspektif lain boleh lah merujuk kepada mana-mana yang memaparkan berita yang lebih benar dan boleh dipercayai.

Akhir kata dari saya, wartawan-wartwan dalam talian seharusnya lebih peka dengan apa yang mereka tulis, tidak lah perlu secara berlebihan hingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain demi keperluan peribadi atau pihak-pihak yang berkepentingan sahaja.


Tuesday, November 1, 2011

"Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber"


Dr. Rahmat Ghazali dalam tulisannya yang bertajuk “Kesan Kebidaban Di Dunia Siber” ada menerangkan tentang bagaimana ruang dunia siber telah disalah gunakan untuk tujuan yang tidak betul. Saya terpangil untuk memberi pendapat tentang apa yang telah ditulis oleh beliau.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunan internet di Malaysia telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini. Ini secara tidak langsung membuka ruang dunia baru iaitu dunia tanpa sempadan. Dunia tanpa sempadan ini seharusnya digunakan dengan tujuan yang betul. Namun ada segelintir mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini telah mengunakan kesempatan ini dengan menyebarkan fitnah,menghasut serta bermacam lagi perkara yang tidak elok.

“Tangan-tangan kotor” ini sewenang-wenangnya menulis mengikut perasaan tanpa memikirkan akan kesan yang bakal timbul kelak. Mereka ini hanya pandai meluahkan perasan mereka melalui tulisan tanpa mahu berfikir tentang apa yang akan dirasai oleh orang lain.

Pasti ramai yang pernah mendengar ungkapan “Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang”. Ungkapan ini ada kebenaranya kerana melalui tulisan kita mampu membunuh reputasi seseorang ataupun menjatuhkan maruah seseorang itu. Di zaman yang serba maju ini, sesiapapun mampu menjadi seorang penulis. Banyak medium yang boleh digunakan antaranya blog, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk berkongsi apa yang dirasai melalui tulisan.

Meluahkan perasaan melalui tulisan dan berkongsi dengan orang lain mampu menjadi satu terapi yang baik, ianya akan jadi sebaliknya jika apa yang ditulis menjadi terlalui negatif yang secara tidak langsung memberikan pandangan yang salah tentang sesuatu perkara sedangkan ianya tidak lah seperti apa yang ditulis.

Sebagai seorang Islam, kita harus tahu apa hak serta batas kita keatas orang lain. Oleh yang demikian kita tidak seharusnya melebihi apa yang sepatutnya. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh peribadi seseorang walaupun individu tersebut mempunyai peribadi yang tidak baik. Jika mahu menegur, gunalah cara yang lebih baik agar tidak mendedahkan aib seseorang.

Remaja hari ini juga seharusnya lebih bijak dalam memilih bagaimana cara yang sesuai agar orang lain mahu mendengar apa yang ingin meraka sampaikan. Golongan ini tidak wajar mengikut apa kata hati meraka kerana ianya secara tidak langsung memberi gambaran buruk tentang bakal pewaris masa depan negara. Jika ada rasa tidak puas hati tentang sesuatu masalah mahupun isu, sewajarnya disampaikan dengan cara yang betul seperti mengadakan perbincangan contohnya.

Keterbukaan kita untuk berkongsi.mengkritik dan sebagainya didunia siber seharusnya ada batasnya kerana kita harus sedar apa yang kita lakukan akan memberi kesan yang mendalam terhadap orang disekeliling kita serta diri kita sendiri kelak.

Sebelum saya mengundurkan diri, renungkalanlah ini, dari Abdullah bin Amru Al-As R.A: Seseorang telah bertanya Rasulullah S.A.W: “Apakah sifat orang Islam yang paling baik?” Rasulullah S.A.W bersabda : “Seseorang yang telah menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tanganya”. Jelaslah disini setiap perbuatan dan perkataan kita tidak seharusnya digunakan untuk menjatuhkan orang lain, renung-renungkan dan selamat beramal!!!