Tuesday, November 1, 2011

"Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber"


Dr. Rahmat Ghazali dalam tulisannya yang bertajuk “Kesan Kebidaban Di Dunia Siber” ada menerangkan tentang bagaimana ruang dunia siber telah disalah gunakan untuk tujuan yang tidak betul. Saya terpangil untuk memberi pendapat tentang apa yang telah ditulis oleh beliau.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunan internet di Malaysia telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini. Ini secara tidak langsung membuka ruang dunia baru iaitu dunia tanpa sempadan. Dunia tanpa sempadan ini seharusnya digunakan dengan tujuan yang betul. Namun ada segelintir mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini telah mengunakan kesempatan ini dengan menyebarkan fitnah,menghasut serta bermacam lagi perkara yang tidak elok.

“Tangan-tangan kotor” ini sewenang-wenangnya menulis mengikut perasaan tanpa memikirkan akan kesan yang bakal timbul kelak. Mereka ini hanya pandai meluahkan perasan mereka melalui tulisan tanpa mahu berfikir tentang apa yang akan dirasai oleh orang lain.

Pasti ramai yang pernah mendengar ungkapan “Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang”. Ungkapan ini ada kebenaranya kerana melalui tulisan kita mampu membunuh reputasi seseorang ataupun menjatuhkan maruah seseorang itu. Di zaman yang serba maju ini, sesiapapun mampu menjadi seorang penulis. Banyak medium yang boleh digunakan antaranya blog, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk berkongsi apa yang dirasai melalui tulisan.

Meluahkan perasaan melalui tulisan dan berkongsi dengan orang lain mampu menjadi satu terapi yang baik, ianya akan jadi sebaliknya jika apa yang ditulis menjadi terlalui negatif yang secara tidak langsung memberikan pandangan yang salah tentang sesuatu perkara sedangkan ianya tidak lah seperti apa yang ditulis.

Sebagai seorang Islam, kita harus tahu apa hak serta batas kita keatas orang lain. Oleh yang demikian kita tidak seharusnya melebihi apa yang sepatutnya. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh peribadi seseorang walaupun individu tersebut mempunyai peribadi yang tidak baik. Jika mahu menegur, gunalah cara yang lebih baik agar tidak mendedahkan aib seseorang.

Remaja hari ini juga seharusnya lebih bijak dalam memilih bagaimana cara yang sesuai agar orang lain mahu mendengar apa yang ingin meraka sampaikan. Golongan ini tidak wajar mengikut apa kata hati meraka kerana ianya secara tidak langsung memberi gambaran buruk tentang bakal pewaris masa depan negara. Jika ada rasa tidak puas hati tentang sesuatu masalah mahupun isu, sewajarnya disampaikan dengan cara yang betul seperti mengadakan perbincangan contohnya.

Keterbukaan kita untuk berkongsi.mengkritik dan sebagainya didunia siber seharusnya ada batasnya kerana kita harus sedar apa yang kita lakukan akan memberi kesan yang mendalam terhadap orang disekeliling kita serta diri kita sendiri kelak.

Sebelum saya mengundurkan diri, renungkalanlah ini, dari Abdullah bin Amru Al-As R.A: Seseorang telah bertanya Rasulullah S.A.W: “Apakah sifat orang Islam yang paling baik?” Rasulullah S.A.W bersabda : “Seseorang yang telah menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tanganya”. Jelaslah disini setiap perbuatan dan perkataan kita tidak seharusnya digunakan untuk menjatuhkan orang lain, renung-renungkan dan selamat beramal!!!

No comments:

Post a Comment